AKTIVITI PANITIA



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Panitia Pendidikan Islam SK Lumut telah menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di Bilik Akses SK. Lumut. Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran merupakan langkah terkini untuk murid-murid mendapatkan maklumat terkini melalui tayangan video, youtube dan sebagainya.


TASMIK AL QURAN
Aktiviti Tasmik Al Quran murid- murid Tahun 3  dijalankan di Surau Ar Rayyan, SK. Lumut. Program jQaf ini merupakan aktiviti bagi meningkatkan kemahiran membaca al-Quran. Guru terlibat Puan Anizah bt Yusof bersama Puan Maizurawatie bt Md Soud.


GOTONG-ROYONG
Program gotong-royong melibatkan murid Tahun 6 merupakan satu daripada Aktiviti Selepas UPSR 2012.
Murid-murid membersih dan mengemas Surau Ar Rayyan.


SOLAT DUHA
Aktiviti solat Duha melibatkan murid-murid Tahun 6. Pelajar diberikan pendedahan tentang tatacara dan fadilat solat Duha.


CERAMAH AWAL REMAJA
Program Ceramah Awal Remaja telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Lembaga Perancangan Penduduk Keluarga Negara. Murid-murid didedahkan tentang perubahan sikap dan emosi serta biologi seorang remaja dalam proses kematangan hidup.


PERSEMBAHAN HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN GRADUASI TAHUN 6
Panitia Pendidikan Islam telah melibatkan diri dalam aktiviti persembahan sempena program Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Tahun 6. Persembahan nasyid dipimpin oleh Puan Anizah bt Yusof manakala persembahan bahasa  Arab dipimpin oleh guru jQaf Puan Norhamlida bt Jamaluddin.

1 comment:

Unknown said...

thanks for sharing